Tuesday, March 24, 2009

Carving and Khat

Wood carving and Khat.

Pada masa sebelum Islam, banyak didominasi oleh bentuk-bentuk figura atau motif yang berkaitan dengan haiwan atau binatang. Banyak perkara yang telah menjadikan motif fauna ini tersebar dan perkara biasa dalam ukiran sebelum Islam. Hal ini terjadi disebabkan oleh fahaman atau anutan masyarakat pada masa itu bersifat 'kepercayaan' dan pemyembahan (anamisme).Kepercayaan ini sifatnya mempercayai perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur spiritual, misalnya batu besar, pokok dan benda yang dianggap 'keramat' perlu di'puja'. Oleh itu, timbullah perkara-perkara yang berkaitan dengan 'sajian' perlu dilaksanakan dalam upacara tertentu. Ini lebih mirip dengan Hinduisme.

Setelah Islam menjadi agama rasmi, perlalihan ini mula menampakkan perubahan dalam sistem sosialisasi masyarakat setempat. Perubahan juga berlaku dalam bentuk dan motif ukiran melayu. Larangan-larangan dalam agama Islam menggunakan motif haiwan atau benda bernyawa, semakin menjadikan tumpuan pandai ukir kepada motif flora dan khat (Islamic pattern). Maka lahirlah pelbagai jenis ukiran melayu dengan digabungkan flora dan khat. Karya ku juga memenuhi tuntutan ini, hasilnya seperti diatas. Penggabungan dua unsur ini telah memberikan impak baru dalam bentuk kreatif artist seperti saya. Bermula dengan membuat lakaran motif flora, aku cuba gabungkan khat dalam karya ku. Ini bukan bentuk baru, cuma idea kreatif ku cuba luahkan dalam karya ini.


Judul : "Semashur"
Artist: Bakri
Koleksi: Sek. Men.Sains Ulu Selangor.

Karya ini merupakan hasil daripada tempahan seorang pelajar yang menginginkan kelainan untuk dijadikan hadiah/cenderahati kepada sekolah semasa pratikum. Mereka datang berbincang untuk itu dan terhasilah karya ini. Sampai sekarang masih terpampang dalam bilik guru Sek. Men. Sains Ulu Selangor (SEMASHUR).


Dalam berkarya tidak hanya idea kreatif timbul dari pengamatan sesuatu isu, tapi idea kawan-kawan juga adalah bahan untuk berkarya. Misalnya karya ini, idea diluahkan oleh Prof. yang inginkan sebuah karya menghiasi bilik pejabatnya. Setelah datang dan 'Brainstorming' muncullah idea khat dengan tulisan "Basmallah" motif flora.Ukiran motif flora dengan khat Diwani Jali (gaya tulisan khat).sehingga kini beliau menjadi kolektor hasil kerja ku dalam berbagai bentuk sebagai hiasan dan koleksi pribadi beliau. Terima kasih kerana menghargai karya ku.


Karya seperti ini bukanlah idea baru, telah banyak ada dalam pasaran. Persoalannya, adakah karya itu memenuhi citarasa seseorang yang berjiwa seni. Halus dan estetik adalah unsur yang perlu ada dalam karya ukiran.Ukiran mestilah indah, berseni, halus, estetik dan berfungsi (hiasan). Karya khat tidak hanya berfungsi hiasan pada interior rumah, malah ianya boleh berfungsi sebagai kalimah atau doa pada penghuni kediaman. Setiap kali orang yang melihat akan mendapatkan pahala dengan karya khat itu.


Judul : Basmallah 2005
Artist : Bakri
Koleksi: Dr. Ahmad Suhaimi

Setelah puas dengan karya ini dipajang pada dinding pejabat teman ku, aku juga akan mendapat pahala dengan terhasilnya karya seperti ini. Pesan dan kataNya "Aku akan memberikan pahala kepada orang menulis khat dan memperindahkannya"

Selagi ada masa dan diberikan kekuatan dan idea, akan kucurahkan idea kreatif ini kedalam setiap karya yang lain. Ukiran adalah karya ku.

Sekian Terima Kasih.




2 comments:

  1. ...sudi mampir...

    http://roskang.blogspot.com

    dan

    http://cikguseni.forums-free.com/portal.html

    ...datanglah,jalan2...ajak kengkawan...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mr.Bak kerana memasukkan nama saya dalam foto karya Basmallah yang kau ukirtu.Memang menarik.

    ReplyDelete